......... "FIRMAN Allah s.w.t dalam surah An-Nisa’ayat 78 yang bermaksud: Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun di dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.
Marilah kita merenung kembali kepada tubuh badan kita yang kerdil dan tidak ada sesuatu kekuatan yang boleh kita banggakan, walaupun bentuk rupa kita dianggap cantik dan segak.
Oleh itu, kita mesti ingat bahawa tubuh badan kita itu adalah hakmilik Allah. Ia boleh mengambil roh atau nyawa manusia pada bila-bila masa sama ada di dalam keadaan kita lupa atau ingat.
Allah merahsiakan kematian seseorang itu tanpa memberitahu kepadanya, ibu bapanya, isterinya, anak-anaknya dan seluruh keluarganya serta sahabat-sahabat karibnya. Roh (nyawa) yang ada dalam tubuh kita, pasti akan berpisah dengan badan. Itulah yang disebut maut yang pasti akan mendekati dan menemui sesiapa sahaja.
Firman Allah yang bermaksud: Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu.
Pada peringkat pertama manusia lahir ke dunia ini sudah menempuh penyeksaan dan kali kedua menghadapi sakaratulmaut, keluarnya roh dari tubuh itu rasa amat berat dan ngeri serta sakit pencabutannya roh dari tubuh di saat sakaratulmaut itu digambarkan kira-kira 300 kali sakitnya dengan pukulan pedang. Sabda Rasullullah yang bermaksud: (Sakitnya sakaratulmaut itu) tiga ratus sakitnya pukulan dengan pedang.
Malaikatmaut apabila mengambil nyawa orang-orang mukmin, maka roh itu keluar dari tubuh amatlah perlahan, tetapi bagi orang-orang kafir atau munafik dan musyrik, roh itu keluar dan ditarik dengan cara yang keras dan kuat..........."
dalam tempoh tak sampai 24 jam..... aku terima 2 berita tentang kematian dari saudara dekat aku..... sesungguhnyer kepadaNYA kita datang dan kepadaNYA jua kita kembali.........
2 care to comments